BIJAK EXCEL

Kali ini saya akan menulis tentang fungsi sorting(Menyusun). Seperti fungsi filter, Sorting juga amat berguna semasa menggunakan jadual dan melukis graf. Untuk memudahkan lagi pemahaman anda terhadap topik ini, sila lihat contoh yang saya sertakan di bawah.

Sebagai contoh, selepas anda melakukan sebuah kajian tentang kekerapan pengguna jalan raya dan jenis-jenis kenderaan yang melalui jalan tersebut. Setelah mengenal pasti jenis-jenis kenderaan dan bilangannya, anda ingin menyusun jadual tersebut dari jenis pengguna yang paling ramai ke bawah.

1. Highlightkan keseluruhan jadual

2. Pergi ke 
-->Data>Sort

-->Sort by>column c(klik pada no header row)>descending(dari nilai besar ke kecil)>ok

Jadual telah disusun semula berdasarkan column c 





AUTO FILLER

Auto filter ialah satu fungsi yang dapat digunakan bersama-sama dengan jadual. Fungsi ini memudahkan kerja lebih-lebih apabila jadual tersebut mempunyai beribu-ribu entry. Sebuah jadual yang tidak mempunyai fungsi auto filter tidak mesra pengguna dan rumit untuk dikendalikan. Contohnya adalah seperti berikut:


Jika jadual yang sama menggunakan fungsi autofilter, kita dapat mengasingkan maklumat berkaitan pelanggan dengan lebih mudah. Untuk memasukkan fungsi autofilter, 

-->Highlightkan Header table>data>filter>autofilter


Jadual yang mempunyai fungsi autofilter kelihatan seperti ini

Andaikata anda mahu berapa kenalan anda dari syarikat Alatulis, anda hanya perlu klik pada nama syarikat dan pilih syarikat yang dikehendaki. Seperti dibawah





MEMBINA JADUAL DAN MELUKIS GRAF
Untuk melukis graf, sebuah jadual yang mengandungi data yang diperlukan perlu dibina terlebih dahulu. Berikut adalah jadual yang telah disediakan sebagai contoh kepada para pembaca sekalian.

Jadual diatas menunjukkan bilangan pelajar yang tidak hadir ke kelas untuk 3 kelas selama satu minggu. Langkah-langkah untuk membina graf adalah seperti berikut:
-->insert>chart

-->standard type>chart type>column(contoh)>next

-->datarange. Pilih Data didalam worksheet seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.

-->next>Isi maklumat yang diperlukan untuk setiap paksi x & y>finish

-->Inilah graf yang sudah siap. 


Cara yang lebih mudah untuk membuat graf ialah dengan menekan butang F11 dan excel akan membina graf secara automatik dari data yang diperolehi dari jadual.


MENU OPTIONS




--Tools>options



Secara default, excel akan menyembunyikan fungsi yang jarang digunakan oleh pengguna. Ini akan melambatkan kerja pada jangka masa panjang. Saya menyarankan supaya anda membatalkan fungsi tersebut dengan

--Tools>options>View>Object>Show all

atau

--Tools>customizes>options>personalized menus & tool bars>always show full menu

Apabila selesai, semua menu dropdown akan dipaparkan.

Kepada mereka yang baru kepada excel, tahukah anda bahawa excel mempunyai fungsi seperti kalkulator saintifik. Ini amat berguna lebih-lebih lagi kepada pelajar universiti yang mahu menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan yang kompleks.

Excel akan mengira sebarang fungsi matematik secara automatik atau secara manual (F9)
Bagi pengguna yang mahu excel mengira secara automatik, sila ikuti arahan dibawah:

tools>options>calculation>calculation>automatic (tekan ok)

dipetik dari  bijakexcel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment